![]() |
Khairul Helmi Roslan saat menunjukkan photo dirinya dua tahun yang lalu. |
Khairul Helmi Roslan yang baru berumur 25 tahun itu menderita penyakit ini kerana ia terlalu sering meminum air berkarbonat / soda sehingga menyebabkan berat badan turun menjadi 36 kg .
Penyusutan mendadak berat badannya itu juga menyebabkan tidak ada lagi keceriaan pada wajah Khairul Helmi yang kini terpaksa menumpang hidup dengan adik perempuannya di Kampung Tok Panjang, Malaysia, sejak dua tahun terakhir.
Menurutnya, sejak dua tahun setelah ia dinyatakan mengidap penyakit tersebut, selera makannya mulai berkurang dan berat badannya juga menyusut menjadi sangat kurus.
Malah keadaannya kini sungguh memperihatinkan kerana kadang ia hanya mampu terbaring lemas di rumah akibat penyakit tersebut.
“Dulu badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikategorikan berbadan gemuk dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.
“Namun segalanya berubah pada awal 2012 setelah ia dinyatakan positif mengidap diabetes kronis yang menyebabkan berat badan turun drastis,
Teman baiknya Mahazan Mohamad, 34, berkata, dia tidak menyangka Khairul Helmi menjadi seperti itu akibat terlalu sering minum minuman kaleng bersoda,
“Memang saya terkejut saat dia menghidap diabetes kronik kerana saya sangka dia hanya diet. bagaimanapun saya tetap akan berada di sisinya dan memberi dukungan agar dia kembali sehat.
“Selain itu saya berharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Khairul Helmi untuk membiayai rawatannya,” katanya. (SINAR HARIAN)